Kongsi Kasih Pendidikan Al Quran Yayasan Al Baghdadi (Hikmah Centre)

Kongsi Kasih Pendidikan Al Quran PERCUMA Yayasan Al Baghdadi Malaysia merupakan dana yang diperuntukkan bagi menaja pembelajaran Al Quran warga asnaf yang terpilih di kalangan orang asli, saudara baru, anak yatim, ibu tunggal, fakir miskin dan warga emas di Rangkaian Hikmah Centre di seluruh Malaysia. 

Sejak awal penubuhan Yayasan Al Baghdadi pada tahun 2011, pihak Yayasan telah berjaya melaksanakan lebih dari 500 program pembelajaran Al Quran di kalangan warga asnaf dari Semenanjung sehingga Sabah dan Sarawak dan lebih 30,000 orang telah mendapat manfaat belajar Al Quran.

HIKMAH CENTRE ialah Pusat Pembelajaran Al Quran milik persendirian di kalangan Rangkaian Pusat Mengaji Al Baghdadi (Al Baghdadi Learning Centre) yang disedia digunakan untuk memberi peluang kepada golongan asnaf seperti Anak Yatim, Saudara Baru , Orang Asli, Ibu Tunggal, Warga Emas dan Fakir Miskin dari seluruh negara melalui platform offline dan online.




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Nilai (RM)
INFAQ PENDIDIKAN AL QURAN PERCUMA (SEIKHLAS HATI)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

Hubungi Kami